Tarikh : 10 Nov 09
Lokasi : Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah.
Peserta : Orang awam yang matang dan keanak-anakan. Tak kurang juga yang keibu-ibuan.(sengol-sengolan dan cubit-cubitan dilarang sama sekali).Turut serta adalah perempuan lawa berkereta viva. Tetamu undangan perempuan sweet penjual waffle.
Tema : Menikmati keindahan alam tu berpahala. Merapatkan sillaturrahim sesama manusia pun berpahala jua.
Instrumen yang digunakan untuk tiba ke sana adalah 6 makhluk pelbagai jenis,warna dan saiz(sila lihat gambar di atas). Menggunakan jalan darat memandangkan makhluk-makhluk di atas tak mampu terbang dan berenang. Perjalanan mementingkan aspek keselamatan yang tinggi dan menghormati polis traffik.
Ini namanya Livi. Dia pencinta keamanan kerana sering menunjukkan simbol PEACE ketika bergambar. Gembira-pergi-bertuah(happy-go-lucky) orangnya. Berasal dari negeri Sarawak. Aku paparkan gambar ni sebab nak tunjuk suasana masa ketibaan kami, sila abaikan posing dia..fokus pada alam semulajadi di sekeliling.
Livi : Lama dah aku tak balik Sarawak…huhu.Lama dah aku tak jenguk kampung aku.
Fnd Rocka : Jenguk guna google map je la..nampak gak kampung kau..
Keadaan cuaca semasa ketibaan kami adalah mendung nan indah. Langit kelabu dengan angin bertiup lembut memberikan efek ketenangan sepanjang zaman. Aku cadangkan datang ke sini bagi para jiwa-jiwa kacau semua.
Di satu sudut, kelihatan beberapa peserta mengambil kesempatan untuk melampiaskan jiwa keanak-anakan dengan bermain buaian dan papan gelongsor. Seorang peserta jatuh entah-macam-mana dari papan gelongsor, sebagai tanda peringatan umur sudah tidak anak-anak dan hari mendung mungkin akan hujan.
Mamat ni pulak namanya Farock. Takdelah Rock mana pun, lebih kepada dangdut. Kalau tak percaya sila pantau lagu-lagu mp3 yang terdapat di dalam handphone canggihnya. Sama seperti tadi, abaikan Farock, fokus pada alam semulajadi. (Gambar dicuri tanpa kebenaran dari fesbuk beliau)
Selang tak berapa lama,ramalan ku benar belaka, Tik!tik! bunyi hujan menitik mengetuk bumbung, bukan mencarut. Kami mencari tempat berteduh supaya tidak dibasahi hujan. Sambil-sambil berteduh, berdoa dalam hati agar hujan berjaya berjumpa titik nokthahnya.
Hujan berhenti Tik! Tik! tidak lama kemudian, langit kembali cerah walau tanpa sang pelangi. Cendawan selepas hujan tidak juga kelihatan, yang kelihatan adalah para cendikiawan.
Gambar kenangan dah snap. Gambar skandalan dah snap. Gambar capapan dah snap. Sekarang tiba masa untuk bersukan dan bersenam,merehatkan minda.
Makhluk tuganggan ni namanya kayuh-kayuh(bukan nama sebenar). Takda kaitan dengan kudap-kudap ye. Memang selari dengan motif kami untuk ber-rekreasi bukan ber-ereksi. Harga yang perlu dibayar adalah RM 6 bagi seekor tugangan yang boleh dinaiki oleh dua orang manusia tak kira bangsa dan agama, tapi kalau boleh elakkan dari berat badan yang terlalu jauh berbeda antara satu sama lain. Kalau senget sebelah agak susah nak kayuh nanti.
Aktiviti menunggang kayuh-kayuh ni sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Takdelah bahaya pun. Aku tak pasti apa aktiviti dorang kat tengah-tengah tasik tu, sebab time tu aku tengah layan baca majalah Remaja di tepian tasik. Antara yang menarik Remaja keluaran November adalah topik Awas perempuan seksi suka berskandal,bersenam boleh menghilangkan Dara,maskulin metrosexual dan lain-lain, tapi aku selak-selak saja, tak sempat nak habiskan secara terperinci,macam geli-geli je. Milik salah seorang peserta wanita.
Seterusnya, aktiviti menaiki binatang yang dipanggil buggy. Nak naik binatang ni kena bayar RM 12 untuk satu pusingan Tasik Darul Aman, boleh naik muat 4/5 orang. Teruja jugak naik binatang ni, tapi muka kena kontrol relax..tak boleh keterlaluan eksaited.
Dalam perjalanan dengan Buggy, sempat juga kami bertegur sapa dengan kambing yang sedang berjoging-joging di tepian tasik. Tak payahlah aku letak gambar kat sini, rasanya semua orang dah kenal dengan Encik Kambing kan.
Kat Tasik Darul Aman tu ada sebuah dataran makanan, kat situ ada lah beberapa kedai makan. Kami singgah kat situ untuk berehat. Menu utama dah tentulah my favourite iaitu ABC. Pastu aku ushar-ushar lagi apa yang menarik untuk berekreasi perut pulak, nampak pulak rojak buah, aku pun order satu. Tiba-tiba, aliran darah aku menyuruh aku pergi membeli waffle. Lidah aku pulak menyuruh suara aku order waffle coklat 2. Mata memerhati waffle dan penjual waffle. Tu semua berlaku secara spontan. (si penjual waffle tu sangat sweet sebenarnya).
TAMAT,secara tiba-tiba.
Prepared by : Fndrocka
Prepared for : Farok, Azura, Arina, Azaim, Yana, Ropie, Adi, Christopher, Florence, Livi, Aira, Ilya, Aisyah, Nazwan, Azlida, Yani.
Filed under: Activity | Tagged: Adi, Aira, Aisyah, Arina, aspek keselamatan dipentingkan, Azaim, Azlida, Azura, berarak mendung kelabu, berat badan sama rata, berereksi, bersenam boleh menghilangkan Dara, bukan mencarut, cendikiawan bukan cendawan, Christopher, Farok, Florence, gambar alam semulajadi, gambar kenangan skandal, Ilya, jitra, kanak-kanak kenak-anakan, keadaan cuaca, kedah, kkeibu-ibuan, langit kembali cerah, Livi, majalah remaja, maskulin metrosexual, menikmati keindahan alam, Nazwan, orang awam yang matang, penjual waffle, perempuan seksi suka berskandal, Ropie, tasik darul aman, tetamu undangan, Yana, Yani.








wei,fendi…pndai ko bercengkerama ek…hehe
aku rs aku blk swak esk.so,jgn jeles tau…ko p jer la prog furnishing skol tu ek…
weeii..livi!! mana boleh balik….!!!
reunion.balik..cool..
sape yg bawak vw merah tuh…cantik!
vw tu Encik Farock yang punya…memang cantik!!
fuhhh mcm cerpen lak jdnya heheheh
mmg baju ko plg mnonjol dan tertonjol warnanya…
terserlah kejantanan….hahaha
ohoo..dekat ngan ruma haku tasik tu..tp ak usendiri x penah pegi..tu teddy bear ko yeh..yg x tau nama tu?
Lina~~aggap je lah ini adalah sebuah cerpen..cerpen bergambar.hehe
lyza~eh mana ada.biasa-biasa ja.
solehah~pi lah jogging-jogging kat situ..nanti kim salam kat encik kambing ye.itulah teddy bear haku,..hahaha.orang bagi..so aku kena bela la.
komen2..testing2
weh… ko blk ujung tahun kan… ujung tahun ni aku cadang nk kuar ng ko kat KL… jom3
takda hal punya,insyaAllah. ujung bulan ni aku balik lah.
wah bestnyer berekreasi dgn member2…teringat zaman muda2 dulu….
bro.. best ar kt sana.. kt tasik tu.. lu dok kt saner ker?
kawie..sebenarnya dull gak tempat tu, tapi kalau pergi ramai-ramai fun lah jadinya.aku datang melawat jee.jauh dari tempat tinggal aku.
besh gile ko kuar makan angin ehhh
mentang2 a dah abeh dah.citss.tak aci
time aku pi tu tak habis lagi lah paper…gap seminggu, so kami gi cari aktiviti utk isi gap tu.eheh
dekat area sini punya tasik takde pun yang naik boleh kereta comel comel tu?
bestnya dpt berekriasi
syoknyer tmpt ni…nti aku nk p la…
“wei,fendi…”
so aku budget ko ni lelaki..hehe…=)
comelnya makhluk tatau nama apa tu. meh bagi dia duduk dengan aku. nak peluk2 T__T
syafa~apa maksud kau tu..tasik amna yg tak boleh…
lea~memglah wehh…
unrestmind~kalau kau pi..tolong kims alam kat gadis waffle
dilot~kau yahkin ke?
yonna~jangan harap
syok gler…apsal aku xde waaaa
eh ko pki bj kaler pink laaaaa
rugi aku xde hoho