
Ni pelajar Ashford University, aku cilok gambar dari web U dorang,kalau pelajar U aku pi library pakai baju tapi nampak ketiak, mahu kena denda sebatan. Tak kira cun atau tidak.
Minggu-minggu study ni aku kerap juga ke library, hampir setiap hari. Nak kata rajin study tu agak keterlaluan, sekadar nak mencari inspirasi tu ada lah. Bila tengok kawan-kawan study, barulah hati ini rasa motivated. Kalau study kat bilik, hati ni lebih kepada nak menulis entri kat blog. Sekarang ni pun aku kat bilik, sedang menulis entri, patut ke tak patut? Jawapannya ialah tut tut.
Nak dijadikan cerita, setiap kali aku pergi library mesti ramai kelasmate aku yang sedang study di sana. Kadang-kadang, setiap kali klasmate aku ada di sana, aku pulak nak pergi library. Tak pernah lagi aku pergi library tapi library takde kat sana. Itu dah cerita kategori mistik, aku tak berani nak sentuh.
Bercakap soal motivasi,library memang satu sumber untuk mencari motivasi. Setiap kali aku ke library, perkara pertama yang aku akan lakukan adalah ushar klasmate aku study. Dari situ, sebenarnya aku sedang menyerap aura kerajinan.
Aku renung mata mereka satu persatu, yang aku nampak adalah kerajinan. Aku amati nota-nota mereka, yang aku nampak adalah kerajinan. Aku perhati atas meja, ada gula-gula, kemudian aku serap sedikit gula-gula tu supaya glukosa dalam badan aku stabil untuk bertahan di library yang berada pada paras sejuk negara Eropah.
Bila kerajinan dah mula menyerap, barulah aku mencari port untuk memulakan pembelajaran secara kritis dan kritikal. Aku hanya memerlukan sebuah buku dan sebatang pen untuk study..perkara-perkara lain dianggap terlalu sophistikated untuk aku. Aku dilahirkan simple dan berbogel, jadi aku teruskan hidup sesimple yang perlu.
Biasanya kerajinan tu tempohnya tak lama. Bila mata dah berkaca-kaca, fokus akan beralih kepada perkara-perkara yang menghilangkan mengantuk. Bab-bab study memang kurang daya tahan, bab-bab lain tak dapat nak sangkal.
Sekali-sekala aku bawa netbook sebagai ganti kepada ‘awek‘. Orang lain dok syok study dengan awek masing-masing, takkan aku nak layan sepi sekuntum mawar merah. At least ‘awek’ aku boleh mainkan lagu untuk aku. Siap boleh dok atas riba aku lagi. Tapi kadang-kadang aku lebih tumpu ‘awek’ dari study, tu yang aku tinggalkan kat bilik je bila dah payah sangat.
“Kenapa siput babi jalan lambat?“, soal perempuan lawa suka bersukan nak hilangkan mengantuk.
Aku bab-bab menjawab soalan di luar silibus universiti ni memang feveret resipi,takde tunggu-tunggu..jawab terus.
“Sebab dia selsema babi”
“Sebab dia takde kaki”
“Sebab jalan licin”
“Sebab jalan jammed”
Empat point aku bagi secara timbal balik..malangnya semua jawapan aku tak memenuhi kriteria jawapan si perempuan lawa suka bersukan. Dia gelak-gelak kesukaan aku tak dapat jawab. Aku rasa adik aku pernah tanya aku soalan tu, tapi aku dah tak remember. Remember-remember forget lah lebih kurang.
Jawapannya adalah sebab siput tu keliru dia tu siput ke babi.
Aku tarik muka tanda protes. Tapi takleh tahan gak, sebab kelakar jugak sebenarnya. Lalu aku pun gelak jujur sapatah dua..tapi masih pada kawalan suara yang dibenarkan di library. Atas prinsip give and take, what you give you get back, lalu aku pun bagi lah teka-teki yang aku reka sendiri. Windows apa yang paling ramai orang suka..windows XP? windows 7 ? vista? (Jawapan : Window shopping). Buku apa yang paling best dibaca walau di mana-mana kita berada ( Jawapan : Facebook).
Dorang nak protes pun tak boleh, sebab teka-teki tu aku reka sendiri, lagipun kat library mana dibenarkan protes-protes ni semua.
Bila dah boring sangat,aku pergi baca paper bahagian sukan dan artis-artis. Bahagian ilmiah dah takleh nak masuk..perlukan rehat juga sekali sekala(selalu). Ending, aku balik bilik dengan membawa sisa-sisa inspirasi dari library untuk diperjuangkan sampai masanya exam nya tiba. Kalau inspirasi tu cicir di tengah jalan, selalunya aku balik terus terlingkup atas katil, ataupun lepak-lepak layan internet yang tak berapa laju macam siput babi yang keliru.
Sekarang ni kat bilik..sekali-sekala(selalu) aku akan tulis entri..sebab tulis entri ni macam melahirkan fragmen-fragmen pemikiran dalam kepala. Kalau tak dikeluarkan nanti jadi konflik dalaman. Macam buang air besar juga, kalau simpan lama-lama tak baik untuk kesihatan anda. Solat kalau lambat-lambat pun berdosa.
Ni ada satu lagi teka-teki , aku baru je reka tadi, jawapan pun belum pikir lagi..tapi yang penting soalan dah siap. Kenapa lagi aku ada exam, lagi rajin aku tulis entri, sebab apa? Justify your answer. (10 marks)
Masa menjawab adalah secara spontan. Bermula dari sekarang.
Filed under: Campus Life | Tagged: berbogel, internet yang lambat, kerajinan tahap tinggi, kritis dan kritikal, mencari inspirasi, perempuan lawa suka bersukan, perkara hilang mengantuk, rakan sekelas yang rajin, sedang menulis, sekuntum mawar merah, siput babi, solat lambat, sukan dan artis, sumber mencari motivasi, tak berani nak sentuh, tarik muka protes, teka-teki dari library, terbaik untuk kesihatan, yang aku nampak adalah kerajinan
hehehehe… gua dh x main exam2 nih.. dh lepas dah.. bleh enjoy beb!!!…. ko gi study kay… hahahahaha….
weehu..
da habis exam..
erm pasal soklan ko tu..
meh nk try jawab..
senang je..
lepas tension! (10 markah)
ahahaha..
sebab..erm…sebab xde sbb..hahaha
study ni macam kerja juga. Kalau nak rajin kena rapat dan kawan dengan orang yang rajin juga. Teori besi berani (magnet)
hahahahah….tertekan aku baca blog kor nie, sebab tak dapat jawap teka teki kor. Hehehehe…
sebab ko nk melatih diri mnulis essay2 jwapan sebaek entri2 ko..
practice make perfect..hehe..
kawie~aku suka sangat dapat belajar…tapi exam tak suka.tak suka.tak suka.haha
zack~aku bagi kau 9 markah!! tepat skali. cuma kurang explaination k…huuuu
nurulhusna~aku bagi 1 markah…markah kesian je tu.huhu
dr sam~betul tu..itu yang aku cuba praktikkan di sini
dobot~ 1 markah boleh tak..hehee.markah tu aku bagi sebab ada keyword ‘tertekan’…hehe
miza~aku bagi kau 9 markah! tahniah
kesian budak masih belajar… hahaha
jawapan: jadi blogger lg best dr jd student
perghh..kau amiklah 10 markah tu ahfatt
tekateki ko tu…aku tgh pikir nie..ape ek??…xtau la aku..
ko pn xtau kn2??..xperla,biar aku x dpt mrkah coz ko yg prlukan markah nnti..study hard k…
[...] Nak Di Kata / Komen hisham on Teka-teki dari libraryfndrocka on Teka-teki dari libraryahfatt on Teka-teki dari libraryfndrocka on Teka-teki [...]
sbb dlm paper exam ko x dpt tulis mcm ko tulis dalam blog…wawawa~~~
eh aku ada lagi satu jawapan…
sbb ko lebih suka menaip dari mnulis…cuba exam kena taip, mesti cemerlang gemilang ko wat…=D
eh..betul gak tu lyza..aku memag suka taip dari tulis..aku lagi suka guna nota soft copy dari hard copy.
nampaknya examination kena adapt dengan teknologi semasa..kan kan kan
ko propose la kat lecturer ko…msti dia impress ngan idea ko…=D
ngeee die kmpius die siput or babi? huhu…klaka.. =p
kite da abes exam! =D
Kenapa lagi aku ada exam, lagi rajin aku tulis entri, sebab apa? Justify your answer. (10 marks)
sebab kurang2 kalau ko tak boleh nak merapu sebanyak 200 patah perkataan dalam exam ko,takde la ko ralat sebab ko mampu buat esei sebenarnya.esei dlm blog. dengan jumlah perkataan melebihi 2000 patah perkataan.
nnt suruh lecturer ko usha2 sini.kot dia boleh bg markah lebih sebab ko pandai buat esei.kalah ah budak2 kelas ko.
luvida~semoga result gempakk!!
yonna~tak boleh lah nak suruh pensyarah baca blog ni..pecahlah rahsia2 aku, siap ada umpat pensyarah lagik,kang tak pasal2 ena potong markah.huhu.