fndrocka : 22 tahun yang lalu aku hanya seberat buku teks sejarah. Dilahirkan dalam keadaan kacak dan tak berdosa.
Terima kasih pada yang memberi ucapan. Sama ada melalui sms/call/facebook/faksimili atau melalui cara batin. Melalui blog ada sapa-sapa nak buat ucapan tambahan tak? Ok terima kasih jugak.
Kepada Ros, terima kasih sebab beri hadiah, kau memang cantik seperti bunga Ros. Kau suruh aku bukak hadiah selepas pukul 12, kau kata hari lahir aku 25 hb, jadi tak boleh bukak pada 24 hb, tapi maaflah..bila aku dapat tu aku terus bukak. Gelojoh tak? Nanti dah kahwin aku tak boleh buat camtu.
Hari ni,25 Oktober aku akan pulang ke pangkal jalan, iaitu ke rumah halaman untuk memohon restu ayah bonda sebelum exam, memohon duit belanja tu perkara tersirat. Juga perlawanan antara Liverpool dan sebuah kelab yang aku tak ingat namanya akan berlangsung. Aku harap Liverpool dapat menghadiahkan kemenangan sempena Hari Lahir aku.
Pagi tadi, lepas mandi aku tatap cermin. “Selamat Hari Lahir” aku ucap pada lelaki di dalam cermin tu.
Kemudian lelaki itu balas ”Sama-sama..kau semakin kacak..apa rahsia?”.
Aku tersipu-sipu macam penyapu.
“Eh..mana ada, biasa-biasa ja..kau pun apa kurangnya”.
Ok perbualan yang seterusnya aku tak boleh ceritakan di sini untuk melindungi identiti dan privasi lelaki tersebut.
Sekian dahulu.
fndrocka : setelah 22 tahun berlalu, sudah seberat peti ais..sudah banyak dosa dilakukan, namun kekacakan masih sehingga hari ini.
Fndrocka : Sapa kata aku dah tua..mana ada tua..datang bulan pun belum lagi.
Filed under: Personal Life | Tagged: batin, buku sejarah, datang bulan, fndrocka, gelojoh, hadiah, hari lahir, lelaki kacak, memohon restu, ucapan
selamat hari lahir.
fnd gelong la ko~~~
eppy bufday…may all ur wish come tru…
hehe..
happy birthday…
kacak ye?
nursuri tak bg hadiah ke??
hi si teruna kacak….
eppy bufday….
all d best to u…..
=)
happy birthday semoga ko bertambah kacak,bertambah kelakar dan bertambah pandai.malaysia perlukan or mcm ko.
p/s birthday aku 4/10….so
Huk alah…dah terlps pulak…hepi belated b’day ye adik kacak…
Liverpool dah bg hadiah pun…bertuahnya ko…
terimakasih so much semua…
PB~agak2 dia ada bagi tak?huuuuuu
wahh… siri bercakap dengan cermin pulak? cermin ajaib kah? ko pon tau kan cermin ko tu mmg pandai mengampu…
sbb aritu aku penah gak tanye kat cermin di bilik mandi ko tu, sama ada aku tinggi mcm supermodel or rendah kiut mcm model pakaian kanak-kanak kiko.
ko tau cermin tu jwb pe?
“ulik, lagi mau tanya ka? awk kan mmg tinggi lagi super hot. kalah Gisele Bündchen tau!”
di saat itu aku trus x nak pcaya kata-kata manis dr cermin ko tuh. sbb aku sdar tinggi aku 145cm jek. huh!
moral:
“…ko semakin kacak…” <<kata-kata dusta dr seekor cermin reflection fendi.
imaulik..nanti aku wat contest kau jangan tak join tau..kau ni pandai bercerita.
eh eh..kau ni apsal masuk bilik air aku..nak skodeng aku lah tu.siot ko.
mungkin cermin tu kata tanduk kau tinggi kut.kaki tak tinggi,huhuu..
morel : aku sebenarnya memang tak percaya pun kat cermin tu..aku memg dari dulu kacak..
la…lu mmg xtau ke saje-saje buat xtau? sejak dari dulu lagi aku mmg terer gile bercerita. tapi skg dh x join dh contest-contest ni. dh x pesen.
* ade masa la nk skodeng2 lu beb. aku g blk air ko sbb saje nk cek cane rupe bilik air org ‘kacak’.
* aku xde tanduk, sanggul tembaga ade la. pang pang kompang! ewahh!! dh terbayang2 aku pakai sanggul tembaga atas pelamin.
moral:
yelah2… ko kacak. ( statement amik ati. kang kalo aku msuk contest bg aku menang tau )
oooo…