SIRI CERPEN REMAJA – Aku seorang skema
Bahagian : 8 (bila lah nak habis ni…)
Episode : Tetaplah menjadi bintang dilangit
Penulis : fndrocka.wordpress.com
Peperiksaan tamat. Aku hanya ada seminggu untuk berehat sebelum kembali menjadi pelajar sepenuh masa, tapi tak sepenuh masa belajar pun. Cuti semester kali ini bukan seperti yang lepas, di mana aku menghabiskan masa bernilai di panggung wayang dan berpeleseran di rumah ibu bapa. Kali ini aku memilih ataupun sebenarnya terpaksa menjalani intersesi bagi meringankan beban subjek yang aku kena ambik semester akan datang. Aku korbankan cuti demi menuntut ilmu, aku korbankan duit untuk membayar yuran, tahniah aku ucapkan untuk diri sendiri.
Sementara menunggu intersesi bermula, aku tak tahu nak lakukan apa di kolej ini. Aku gunakan masa terluang yang ada untuk beristirehat sambil menjalani hari-hari mengadap komputer. Ramai yang kata kesibukan akan melanda semasa intersesi nanti, jadi peluang yang ada ini aku gunakan dengan selibur yang mungkin..kalau tidak aku akan menyesal di hari intersesi nanti.
Hidup serba ringkas memang kesukaan aku. Walaupun kadang-kala sepi menyentuh hati. Makan pun keseorangan..bersama kucing-kucing yang rasanya tidak ada kampung untuk pulang. Sehinggalah Nor Suri datang menghilangkan bosan makan bersama kucing. Sebagai seorang peminat Nor Suri yang rasmi, aku berbesar hati dia sudi datang ke sini untuk temankan aku makan. Nasib aku tak mintak autograf dia. Tapi sebelum balik dari keluar makan tu, ketika dia sedang drift kereta ke kiri dan kanan, sempat juga aku mencilok gambar-gambar dia dari telefon bimbit. Dengan kebenaran dia. Bukan apa, nak buat koleksi..apa kes jadi peminat tapi takde koleksi gambar.
Hubungan yang disangka akan bertambah rapat, rupa-rupanya bertambah rapat jugak. Seminggu pertama ketika intersesi, kami menjadikan makan tengahari sebagai alasan untuk keluar bersama. Hampir setiap hari kami akan mencari kedai-kedai makan yang berbeza, ala-ala Maria Tunku Sabri dalam program jalan-jalan cari makan. Kadang-kadang hosnya aku dan Nor Suri, kadang-kadang hos jemputan akan diundang sekali..itu bergantung pada kelapangan masing-masing. Tidak berjanji pun. Apatah lagi nak berkontrak makan bersama.
Biasanya dia akan beritahu “Nor nak keluar makan sat lagi”
Aku akan bertanya “Dengan siapa?”
Dia akan menjawab “sorang-sorang je”
Aku sebagai peminat pula perlu berkata begini “Nak ikut”.
Begitulah kisahnya, bak kata Nor Suri..dia selesa begitu, tidak terikat.
Di dalam kelas, aku dan Nor Suri jarang-jarang bercakap. Dia macam sedikit eksyen dalam kelas. kadang-kadang dia akan buat muka ketat. Biasalah tu. Nor Suri pernah berkata, kalau ABC tak boleh lah solat. Aku tak faham, jadi aku tanyalah dia, tapi dia tak mahu beritahu. Mengada sungguh. Kemudian aku bertanya pada Ros, dia sekadar buat muka keliru dan pelik. Tak boleh harap sungguh. Ni kalau aku tanya kat kedai makan dah confirm-confirm jawapannya ialah Air Batu Campur.
Sepanjang perkenalan dengan Nor Suri, aku dapat memahami sedikit sebanyak tentang diri dia. Dia begitu tegas tidak mahu bercinta lagi sehinggalah tamat pengajian dan berjaya menempatkan diri dalam bidang pekerjaan. Kalau aku mengorat dia pun dia tak layan sebab hati dia belum terbuka untuk bercinta lagi. Aku terima penyataan itu dengan hati yang kucar-kacir. Macam yang aku bajet awal-awal..memang bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi..tapi bila aku cuba tepuk meja guna sebelah tangan ada je bunyi “papp !”..oleh itu aku simpankan juga cinta yang kononnya tulus ini. Akhirnya aku tahu ABC ialah Allah Bagi Cuti.
Tapi tak lama mana aku simpan cinta tu. Atas dasar sayang sesama makhluk, aku pun buat confirmation yang terakhir..untuk memudahkan urusan hati dan perasaan..aku kan jenis terus terang orangnya, Dia pun ala-ala macam declare..lalu dia pun declare..aku suruh dia buat ayat camni..kemudian dia pun ulang balik ayat aku sebijik-bijik, mcm baca skrip.
“Nor takde perasaan kat Fendi melainkan sebagai kawan sahaja”..
Jadi sebagai hero dalam cerita ini, aku terima dengan hati yang terbuka la. Nak membawa diri ke luar negara, memang tak releven pada masa tu, naik kapal terbang pun belum pernah. Tunggu lah dulu. Mungkin masih ada sisa yang tertinggal, tapi lama-lama rasa itu akan mati juga. Harap-harap begitulah. Yang penting aku jujur dengan dia dan diri sendiri.Aku pun declare gak..
“Salam perkenalan. Semoga kita boleh berkawan. Nama saya Fendi. Nice to know you. Jangan gedik-gedik “.
Petang itu dia ajak aku makan Air Batu Campur
Aku tahu dia sayang kat aku sebagai kawan. Tapi lama-lama rasa itu mungkin akan mati juga. Aku hanyalah seorang skema kan. Baru nak belajar-belajar jadi hero yang kental mcm Rosyam Nor. Sementara Nor Suri pula, akan tetap menjadi bintang di langit, berkerdip di suatu ketika, hendak aku gapai mungkin jauh.
Indah..
Terasa indah..
Bila kita terbuai dalam alunan cinta..
Sedapat mungkin terciptakan rasa..
Keinginan saling memiliki
Namun bila,
Itu semua dapat terwujud
Dalam satu ikatan cinta
Tak semudah seperti yang pernah terbayang..
Menyatukan perasaan….
Sudah..
Lambat sudah…
Kini semua harus berakhir
Mungkin inilah jalan yang terbaik
Dan kita mesti relakan kenyataan ini
-Padi, Kasih Tak Sampai.
BERSAMBUNG…
Sila Klik Sini untuk episod-episod lepas.
Filed under: Cerpen : Aku Seorang Skema | Tagged: ABC, air batu campur, aku seorang skema, bersiri, bintang, blog, cerita, cerpen, cinta, fndrocka, fndrocka.wordpress.com, gedik, ilmu, intersesi, janji, jujur, kasih tak sampai, kucing comel, langit, melayu, menulis, nor suri, padi, pengajian, rasa mati, serba ringkas, skema, sms, suka, terus terang, ym, yuran
apsal aku rasa mcm nk nangis baca citer ni……
sobbs…..
jiwangnyeeeeee……
huhu….sapa kata adik akk skema ni? mcm xpercaya…
dik…akk rasa kan lama2 perasaan bukan mati di situ tp kembang cos slalu di baja ewah….
jgn sedih tau…adik akk ttp hero di mata akk…
take care….smga apy slalu
bahagia berjaya dunia akhirat…..=)
hurm…
no comment…
jiwang!
haLyZaQiut, eleh..berpura-pura berhati kristal pulak dia..
Raudhah_iman, yelah…tq.
MeMySeLfAniS,..jiwang utk sementara.ehek
haha….bukan hati kristal la…
hati KUNTUM…..
(^_^)
apa benda kuntum tu wehh
hati kuntum tu = sensitif dan peka….
hahha……suka hati aku je…
adoiii…hdup ni cm plaburan.kdg2 rugi kdg2 untung..tp slagi kt mmcuba pluang ttp ada….sdikit pgorbanan y d lakukan skrg akn bwk hsil d ms hdapn.so,cheer up soulmate..FENDI!!!!CAYOK!CAYOK!!!!