Puisi Spontan: Dua Rasa

Dua Rasa

malam ini…
di kala bintang sembunyi di balik awan
terpancar titisan senyum di gigi bulan
terukir tangis di mata-mata langit

meratapi dan meraikan hari mereka

iaitu hari ini
malam ini…
aku bersaksikan dua cerita
cerita tentang keharuan manusia
yang mengembirakan hati dan mentertawakan suara
sebuah cerita lagi
yang menyedihkan hati mencucuk ke liang rongga
kehidupan suka bermuka-muka
umpama roda kata orang tua-tua
akan membawa suka kepada mereka….

dan duka kepada mereka..
malam ini

tidur aku antara dua
antara mereka dan mereka
antara berjaya dan yang masih mencuba
semoga pagi esok adalah cerita yang berbeza

RESULT EXAM DAH KELUAR ! USAH DITANYA aku dapat apa.

4 Responses

  1. result dh kuar ea…?
    haha….
    best of luck (even ko dh check)

  2. aku da dgr da puisi niii…. hahahaaa…

  3. haLyZaQiut, result ape pulak..huhu

    paeh, lohh…puisi tu aku memng bc depan ang smlm sebab nak cari mood…ang kan punca inspirasi..ehek

  4. waaa,,,,,
    gler hbat puisi ko,,
    hahhaha
    pasni bley try jd cam a.samad said lak
    kakaakahh
    :P

Leave a Reply