SIRI CERPEN REMAJA – Aku seorang skema
Bahagian : 7
Episode : Nor Suri
Penulis : fndrocka.wordpress.com
Pagi itu Hafiz mengetuk pintu. Aku segera bangun membukakan pintu. Lebih kurang seminggu ketiadaan Hafiz, tidaklah aku rasakan begitu lama. Tinggal seorang tidaklah sebegitu kosong bagi aku. Aku tidak mengenal erti bosan keseorangan. Kenalah dengan aku, seorang yang membosankan dan tipikal. Aku fikir, 4 tahun aku di sini, tempat aku menuntut segala macam ilmu, menjadikan aku begini. Tempat yang terperuk. Menjadikan kocek aku sering kepanasan untuk lari mencari kawasan yang lebih lapang.
Aku perhatikan Hafiz. Melangkah masuk dengan kasut baru. Adakah itu juga baju baru? Ya! Pulang dengan semangat baru selepas bercuti aku kira. Bersinar-sinar wajahnya. Pencuci muka yang baru juga barangkali.
Dia mengeluarkan barang-barang dari beg. Oh itu beg yang lama. Masakan semuanya baru. Seingat aku, dah bertahun dia tidak membelanja wang membeli benda-benda baru begini.
Hilang sedikit kepala mengantuk aku setelah terhidu bau-bau kedai beraneka yang menusuk ke rongga hidung. Apa dia ni menang tikam ke. Aku tak tahu menahu pulak dia ada main kutu. Menabung apatah lagi, tiada dalam kamus hidup dia. Tertanya-tanya aku.
“Ni semua benda-benda baru ni, ang menang One in A Million ke?”
Hafiz hanya tersengih riak sambil mengeluarkan sesuatu dari beg. Dia mengeluarkan sebuah kotak. Terus, dia mengeluarkan spek mata dari kotak dan mengayakan spek itu. Dah berzaman dia tak pakai spek, ini apa misteri dia nak beli spek.
Tak apalah. Asalkan dia gembira, aku lagilah senang. Walaupun nampak sedikit lupa diri dengan rezeki entah turun dari mana, sekurang-kurangnya dia dah janji nak selesai hutang aku. Mendengar katanya itu, aku lega, mana tidaknya, poket aku memang memerlukan suntikan semangat baru ketika itu. Tidur lah aku dengan hati yang tenang, mungkin petang ni Hafiz belanja makan.
Bangun-bangun saja dari tidur, aku menatap PC. Menatap YM. Hafiz nyenyak tidur sambil genggam telefon bimbit.
Nor Suri is online
Buat seketika aku berbual dengan Nor Suri. Gadis yang mendiami hati aku tanpa meminta pas kebenaran. Salah aku juga yang memberi ruang dan menolak segala pintu-pintu harapan, tanpa diketuk. Dahlah dia cop tempat ekslusif lak tu.
Nor Suri menaip di YM: Nor nak keluar beli baju baru jap lagi..
Hafiz berbunyi dari katil : Jom makan…
Aku menaip di YM : beli baju baru lagi. mentang2 duit baru masuk. kat mana nak beli.
Hafiz berbunyi dari katil : Jom gi Alor Star…
Nor Suri menaip di YM: Kat Alor Star lah..
Aku bercakap pada Hafiz : Jom!
Aku menaip di YM : Nak gi Alor Star gak ni, nanti jumpa sana.
Tup ! tap! Tuup! tap! Tup ! tap! Tuup! tap!
Mimpi menjadi kenyataan, petang itu Hafiz belanja makan,buat pertama kali mungkin. Sejarah tercipta.
Lebih sejam perjalanan.
Seperti yang dirancang tuhan, petang itu aku berjumpa Nor Suri di Alor Star. Tak siapa tahu perasaan aku waktu itu. Aku rasa dialah yang paling cantik hari tu. Lebih cantik daripada biasa. Tahap kalau Liyana Jasmay tegur nak ajak aku makan bersama pun aku boleh tolak bulat-bulat. Aku dah tak nampak orang keliling, aku hanya nampak dia, sementara itu aku cuba-cuba untuk mencari ketenangan dalam hati, supaya tak nampak gelojoh di mata rakan-rakan lain.
Dibandingkan dengan aku, berT-shirt Superman, muka tak komersil, kalau masuk Tv sesuai jadi model mat rempit selepas kemalangan, rasanya aku perlu segera buangkan jauh perasaan yang menyelinap itu dan…dann…dannn…kosongkan ruang esklusif itu. Ahh…berat rasanya. Entah wujudkah seinci ruang untuk aku kat dia.Mungkin wujud…tapi seinci nak tumbuh jerawat boleh la. Tiada siapa mahu jerawat.
Aku terus bermimpi
bagaikan sebuah cerpen tiada noktah
sementara menanti seruan kenyatan yg lain
muncul menjagakan
aku.
Malam itu, aku ke rumah Nor Suri. Pelawaannya untuk makan di rumahnya aku terima dengan rasa antara berani dan tidak. Ini bukan makan percuma, tapi makan berbayar. Aku order sejenis masakan bukan tradisional. Hafiz menurut saja. Begitu juga Ros. Itu saja makanan yang tinggal. Yang lain dah habis awal kata bapa Nor Suri. Perniaagan kecil-kecilan di rumahnya itu mulai lenggang apabila gelap malam semakin gelita.
Kami berbual dan mendengar cerita-ceriti dari Nor Suri. Sesekali aku melirik kepada dia. Mencari-cari rahsia-rahsia yang terlindung mungkin. Sehinggalah kedai kecil itu ditutup.Kami pelanggan terakhir pada hari itu.
Dalam perjalanan pulang, Nor Suri mengirim SMS, sambil aku terus bergurau dengan rakan betapa aku sukakan gadis itu. Tanpa rasa takut dan bersalah.
BERSAMBUNG…
Sila Klik Sini untuk episod-episod lepas.
Filed under: Cerpen : Aku Seorang Skema | Tagged: aku seorang skema, alor star, baru, bersiri, blog, cerita, cerpen, cinta, episod, fndrocka, fndrocka.wordpress.com, main kutu, makanan bukan tradisional, melayu, menabung, menulis, nor suri, siri, skema, sms, suka, tikam, ym
pergh, jiwang r ko!
jelez aku bc!
bertuah sungguh nor suri….
is she real?
mantap gak ayat cerpen ko nii….
terasa mcm baca novel sharifah abu salem ke…ahadiat akashah ke…..
fuhh…
cepat la update citer…
Aku ke nor suri tu? haha…bile nak update….?
ehmm…
memyselfanis…akk rasa mmg real tu…
alamat angau-bangau (diedit dr cerita-ceriti) lah adik akk sorang ni…
ewah2…
gatai na…bljar abiskan dlu…tmpt ekslusif tu di mana? amsterdam,pakistan, hindustan…hotel? hahah
sngaja nk mngarut…
apa2 pun..take care…tgn yg kena kaca dh baik blum…
MeMySeLfAniS, diri aku ada byk sisi yang berbeza, ada jiwang,ada rock, ada irama zapin, ada unsur2 nasyid sket, ada-ada saje lah aku ni..
haLyZaQiut, dah upadate! sila bc. kau bc ke novel penulis tu sume. rajin nohh. aku tulis ikutkan perasaan je.hehe
adielflitzow, mungkinlah…haha
Raudhah_iman, mengarut ?owh..lu pikirlah sendiri.tgn tak kena kaca pun.