
Laporan kemalangan jiwa ini dilaporkan pada 14 hb Mei , pukul 8 pagi waktu Malaysia. Kejadian berlaku pada hari semalam, ketika sekitar pukul 11 pagi hingga 1 tengahari. Si pelapor tiada kerja lain melainkan malakukan ini.
Rumusan kes : Telefon bimbitku berlagu di atas meja, oh.. dia menelefon. Aku cepat-cepat mengangkat telefon itu, tanpa ku sedari wayarnya melingkari pada botol sos tomato peninggalan sahabat. Aku rapatkan telinga ke telefon untuk bercakap dengan dia, namun baru seketika aku bercakap, tak disengajakan..bila ku tarik telefon itu ke telinga, seraya botol tercampak ke lantai dan ianya pecah. Talian terputus. Sos yang merah bergelimpangan. Talian disambung. Aku melihat-lihat tubuh aku jika ada yang tertusuk kaca. Tak ada. Aku keluar bilik dan mengunci bilik. Pada saat ini, tak ada langsung rasa tak sedap hati.
Modus operandi kami keluar adalah untuk jalan-jalan cari makan. Tak menduga akan bertembung dengan peristiwa yang menyayat hati.
Dikontotkan cerita, selepas keluar makan dengan dia dan dia, kami berangkat pulang. Bila aku bangun dari kerusi itu, kelihatan beliau tidak lagi bernyawa. Dia mati dibunuh dengan kejam. Tubuhnya dihempap. Matanya terbeliak…tak sanggup aku menatap renungan matanya. Mangsa kemudiaannya dilempar ke tanah.Aku harap saat kematiaannya tidaklah menyiksakan. Semoga roh dicucuri rahmatNya. Entah macamana aku boleh tak perasan aku telah menghempap cicak itu dengan punggung gebu ku ini.
Tindakan susulan akan diambil oleh pihak berwajib.
Laporan tamat. Sekian.
Yang Benar,
fndrocka.wordpress.com
Filed under: Personal Life | Tagged: Laporan Kemalangan Meragut Nyawa, kemalangan, laporan, mati, tubuh dihempap, mangsa, dicucuri rahmat, punggung, gebu, terbeliak, botol, kejam, tragik, cicak, azab
hahahhaha…….
berat nya ko nii….
aruah dh cicak tuu…
ko lap x sos tu??
ke biar je ala2 bermandikan darah…
hhii
weh ko nak kene pukul?
haha aku dah suspen gilo dah.
bagus kau hempap cicak tu. biar cicak hilang di dunia.
mesti bontot melebo ni kan
hakahkah
alaa cicak je bukan lipas ke
kalau lipas lagi ngeri siap ade bunyi
creeettttttttttt ( gua sudah mati)
ayok
hahahhaha…….
skali ko balik sos tu dh jadi kaler hitam…
sbb cicak darah dia kaler hitam…
hahah…aku tipu….
kesian3….
berat jgak adik akk ni ya…yelah kan kehidupan dah semakin berkembang…chewah…
wah,…
berbakat adik akk nie…blh jd karam sigh walia….xpelah…yg pntg adik akk tetap mantain remaja …. ahaks…kui3
thanks for visiting my blog
wehhh updateeeeeeeeeee!
hihihi.
ala aku nak baru aku nak baruuu.
hihihihi.
weh, ye r aku nk concern ni hah…
ko terkena kaca x?
berdasarkan observasi ko kat atas, ko tdk menunjukkan apa2 gelaja terkena kaca…
maksudnye, ko slamat la kan?
cume cicak tu je malang nsb die…
tp dpt pahala tuh bunuh cicak….
tambah pahala ko… huhuhu…
alah, ko msti x terkena kaca tu..
sbb ko lagi tajam dari kaca…
haha…
pe yg tajam..?
mungkin kata2 ko…
hhuu
kata2.aku.tajam??
patutpun.keyboard.aku.ble.jahanam.
weh….lwak2…ak ingtkn ape tp rpe2nya cicak…kuangkuang…