Takkan Melayu Hilang Di Dunia

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya… tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

-Layu, oleh Malique.

Bila Malique dah tulis lagu dalam bahasa melayu, rap dalam bahasa Melayu..apalagi mahu kita tunggu, aku pun mahu tulis blog berbahasa Melayu, mahu menjadi lebih Melayu, yang kenal asal-usul. Takkan Melayu hilang di dunia beb.

Aku dedikasikan entri kali ini untuk semua penulis-penulis blog berbahasa melayu di seantero pelosok dunia, walau di planet Pluto sekalipun. Perjuangan Kita Belum Selesai  Hey Orang-orang Bumi. Mari Tulis Entri Lagi.

**foto kredit kpd google search

**foto kredit kpd google search

8 Responses

  1. ko ni byk nyer masa…
    bukan skrg amik short sem ea??

  2. eh..ada ke. hehe. itu minggu hadapan lah. skrg masa utk berlibur.

  3. ooo…patutla rajin ngupdate blog…
    hhu

  4. aku memg seorg yg rajin, kau dah tak ber-ym..bos pasang cctv ke.

  5. mm…
    sian aku kan…
    ym aku kena block gilerr hebat dh…
    dulu block pon, aku leh ceroboh gak…

    ape barang YM…
    ‘google talk’ la beb…
    add aku di norhaliza118@gmail.com
    haha..terpromote lak…

  6. memang xilang….
    cuma yg ilang adab kesopanan, kasih sayang….spt yg terjadi di Perak….

    pening2….

  7. lyza, ye la tu…google talk pun bolehlah..kalau sapa nak tahu halyzaqiut ni yg mana.. ni klik sini utk gmbr. dia yg jadi model sambilan tu la. haha!

    kak iman, lambat laun boleh jugak hilang

  8. ni aphal… promo lebih nampak…….

Leave a Reply