Hadiah Paling Bernilai !

Bercakap tentang Hari Ibu. Terasa rindu pada Emak aku di sana. Moga sihat selalu hendaknya.

Seminggu sudah aku terima SMS dari seorang makhluk bernama Fofo.

-Fendi..ada msj2 menarik utk hari ibu tak..

=Takde. Bila hari ibu?

-Hari ni!

Lalu aku pun tersentak dari baringan, apsal takde ribut takde salji tiba-tiba hari ibu datang kembali. Aku baca suratkhabar tak dengar pun ura-ura hari ibu dah tiba. Apa, kat sini orang tak sambut ke hari ibu. Apa, dorang tak tahu ke kepentingan kita menyambut hari ibu.Tiba-tiba aku menjadi ala-ala concern. Padahal aku sendiri tak hafaz tarikh hari ibu..apatah lagi nombor IC ibu aku. Tarikh Lahir Ibu aku rasanya aku hafaz.

Di kala aku masih sedap di pembaringan…aku tanya Faiz..tp sebutannya ‘Paeh’..

“Hari ibu bila?”

“15 Mei rasanya..”

Pastu selang lebih kurang 5 minit..dia tukar jawapan..dia ingat ni Who wants To Be A Millionaire ape.

“Eh apa pulak 15 Mei..10 Mei kut..”, jawab dia, mungkin dia search kat internet. Kalau search kat internet, aku pun tahu siapa Ibu kepada Albert Einstein. Tak spontan lah lu Faiz.

Yang Sah. Memang sah. Makhluk bernama Fofo tu tersilap tengok kalendar. Mungkin Hari Ibu yang dia maksudkan ialah hari jadi ibu dia, yang takde kait dengan aku.

Yang pasti. Yang terang dan dibawa pulak disuluh-suluh. Hari Ibu jatuh pada 10 Mei. Memang dorang dah cop awal-awal tarikh tu.  Tak perlu nak teropong anak bulan lagi. Siapa yang cop dan sejak bila Hari Ibu ni diwujudkan nanti aku suruh Faiz yang search.

Hari ni dah masuk kepada hari selasa, dah bukan 10 mei dah.
Sapa yang tak wish kat ibu masing-masing, takpe..hari ni pun boleh wish..cakaplah korang takde kredit pada 10 Mei. Eh tipu dosa. Jangan..jangan..cakaplah korang memang anak yang tak berapa soleh. hehe. Atau nak selamat..jawapan standard sebagai mat romeo, cakaplah “mak, saya tak ingat hari ibu…kerana bagi saya hari-hari ialah hari ibu”, sambil buat suara serak2 basah.

 Aku dah wish..tapi tu pun sebab ada orang ingatkan, hampir terlupa sudah. TQ yer Nor yang baik. Nanti orang wish kat Nor Lak bila Nor jadi seorang ibu.hehe lagi.

Kalau korang dilahirkan pada hari Ibu, aku ucapkan Selamat Hari Lahir. Moga panjang Umur dan kurang dosa. Eh..termengarut sudah.

Bersempena dengan Hari Ibu-ibu sedunia..aku selaku anak soleh ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu-ibu kerana meneruskan kemandirian spesis manusia. Kasih sayang ibu tetap abadi utk anak-anaknya, arakian ibu kucing sekalipun. Ibu ayam lain cerita.

Kepada Ibu-ibu yang membaca tulisan ini..ibu jari ku angkatkan untuk kamu. Hari nenek juga diucapkan buat Ibu yang sudah ada cucu. Walaupun dah bercucu..walaupun dah jadi nenek..anda tetap Ibu selamanya. Bagi mereka yang ibunya telah selamat bersemadi pula, kirimkan Al-Fatihah.

Ibu tetap ibu, walaupun anda hanyalah ibu angkat. Kalau rezeki dah tiba, boleh jadi ibu sebenar. Kalau rezeki suami pulak bertambah, boleh jadi ibu kedua atau ketiga. hehek! Alhamdulilah.

Kemudian, bagi yang dah letih jadi ibu..bolehlah bertukar angin jadi ibu mertua lak.Suruh anak-anak yang dah berteman-teman tapi mesra tu kahwin. Automatik dapat jadi ibu mertua.Beza ibu dengan ibu mertua ni..ialah..ibu mertua boleh bertukar-tukar..nauzubillah. Tambah takpe..jgn tukar.

Eh..termengarut lagi. Akhir kata..emak yang berada jauh di mata tapi dekat di hati..doa dan ingatan tulus dari anakmu yang berada di perantauan..musafir lalu melintang pukang..tunggulah kepulangan anakmu.hihi..

Takkan ada hadiah dari aku yang dapat setanding dengan hadiah dari mak aku, sebab mak aku hadiahkan aku sebuah kehidupan. Mak korang pun sama. Jangan Derhaka Wehh!

mummy

 

pic

16 Responses

  1. alaa tak payah bg ape ape pon
    asal kan tak menyusah kan dia sudah laaa
    hari ibu mana pemes ari merdeka best laa byk maksiat
    kehkehkehke

  2. huhu..jadi anak yg soleh, anak yg baik..itu dah cukup buat ibu gembira :D

  3. jom nyanyi lagu ibu….!!! O_o

  4. thanx dtg melawat blog..
    selamat hari ibu tuk ibu kamu^^

    mg jadi anak yg soleh..ameen

  5. HAHAHAH!!!
    same le spesis merepek meraban tak dan dan je nieh…
    bagus2….
    enjoy bace entri ko….
    hehe…..
    pe pon…
    aku still sempat wish mak aku hari ibu tu taw…
    hurm…
    aku ingat dah hari sbelum tu…
    tapi hari tu,aku lupe…
    pastu hari tu…naseb bek denga radio…
    kalau tak…
    hampeh…
    sahih lupe….
    huhu…..

  6. acik oren, budaya kemerdekaan tu dah salah konsep kut..merdeka segalanya..gila ape dorg.

    cintacukulet, memg sya anak yg baik..hehe iyeye je aku.

    lyza, apa kau ingat sora kau sedap ke..ahak

    sue, thanks!

    Nad, terima kasih lawat sini.. njoy read yours too!

  7. huhu~
    rindu kat mama kat perlis

  8. mmg r suara aku sedap…
    show wat masa ni blum berkurg lagi…
    ahhaha

  9. Soleh nya adik akk….

    terharu smpai nak mnitis air mata membacanya…(xjd menitis air mata nie sbb tahan )heheh…

    wah2 ….ade ura2 ke nk ada ibu mertua ehem2…nor suri punya ibu sihat?…

    anyway tq so much atas doamu…

    lama gak akk xmai blog nie….dlm 1 mggu huhu… take care jgn nakal2

  10. bukan susah nak igt mother’s day..
    sbb 2nd week of may..

    sy xbg ape2 kat mak..
    cume nyanyikan lagu hari ibu utk mak sy~

  11. lyza, kau ni liza hanim ke.eksen kemain lg.

    Kak iman, ibu mertua tu gurauan ja..takde kena mengene yg hidup atau yg telah tiada yerk.

    cikf, memg sng nak ingat, budak2 pun boleh ingat, tapi saya ni kdg2 serabut dgn kehidupan.hehe.

    wah.. lagu hari ibu yg mana satu eh?..cuba nyanyi sket liriknye… tahun depn nak nyanyi.huhu

  12. hehe…layan la blog lu bro…

  13. aku gabungan liza hanim dgn siti nurhaliza….
    wwihhuu…….
    hhhaa

  14. dalam sungguh gmbar yang last tu
    :)

  15. 2la..aku ingt tp ingtan tsekat sementara pd waktu 2..huhuhuu..

  16. adielflitzow, layankan aje k…heee

    haLyZaQiut,aku dah agak dah, kau ni memg transformers.

    ika shanaz, dah cukup straight fwd lah tu

    fofo, lain kali kalau tersekat silalah ketuk kat meja dgn kuat..hehe

Leave a Reply