Dan Sebenarnya…

Dan sebenarnya…

Negeri Sembilan adalah lebih heh-bat daripada pasukan naib juara Kelantan. Pa-bi-la…. Negeri Sembilan  menang 3-1 dalam perlawanan yang dikuasai baik oleh mereka. Kelantan? Masih memegang rekod peribadi belum pernah menang Piala Malaysia.

Secara tulus, aku berpendapat Kelantan main bola tak best, aku tak suka tengok dorang main semalam. Macam emosional je main, ghairah takpe, tapi kalau emo..pergi amik wuduk dulu la. First half main memang tak berapa nak cantik, banyak sangat foul. Dua-dua team main kasar. Banyak tendang kaki orang. Ada tackle secara sukan-sukan, ada gak tackle secara suka-suka.

Chapter 6 – Strategy Analysis and Choice

Negeri Sembilan bermain lebih cantik, tersusun dan merendah diri.

Banyak insiden-insiden yang boleh provoke pemain Negeri Sembilan, tapi Negeri Sembilan  control cool. Sampailah gol pembukaan terhasil.  Bagai kucing dihulurkan Whiskass,minit ke-18 Shahurain Abu Sama sumbat dengan derasnya ke pintu gol, tanpa meminta izin dari Halim Napi terlebih dahulu.

su_02.1

PEMAIN Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pada minit ke-18 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - BERNAMA

Tersentak dengan jaringan sulung perlawanan, Kelantan pulak nak score, tapi tak dibenarkan oleh suami tersayang Rita Rudaini, Aidil Zafuan  pertahanan Negeri Sembilan yang steady. Penyokong Kelantan dah start baling-baling botol air.  Kalau kutip hantar recycle dapat gak beli tiket balik Kelantan.

Time rehat half time, aku sambung baca note chapter 7 .Tak ingat apa tajuknya, malas nak semak balik.

Start je second half,minit 45, Hairudin Omar yang dipinjam buat sementara waktu dari T-Team menanduk bola masuk ke gawang. Sekali lagi, tak mintak kebenaran dari Halim Napi, penjaga gol berusia 38 tahun kata pengulas. Tambah memanaskan hati penyokong Kelantan dan Sathianathan Manager Kelantan bila Negeri Sembilan dapat penalti. Lalu sepakan penalti disempurnakan dengan tenang oleh Zaquan Adha. Penyokong Kelantan start pulak main mercun macam suasana di hari raya.

Tak cukup dengan itu, penyokong Kelantan mula bakar kerusi seakan-akan kerusi itu bapak mereka yang punya. Bola sepak kita bukan makin maju,tapi makin mundur. Kalau diteruskan sikap ganas dalam berbola sepak, maybe nak masuk stadium atau siaran langsung kat TV kena letak klasifikasi 18SG. Aiiihh…tak tau nak cakap apa dah.

Aku skip ke chapter 8

Indraputra main jelaslah kasar dan kotor, kasar takpe, tapi bila dah terang-terang kotor, rasa geram pulak. Walau bagaimanapun, free-kick last minit tu memang cun. Itu baru betul main bola..sepak bola..masuk gol.  Cuma dah terlambat lah..minit ke-93 tu.

N9Juara

Biar kalah sorak, asalkan menang piala.

Tahniah buat Negeri Sembilan.  Keputusan penuh, Negeri Sembilan 3, Kelantan 1. Aku dah sampai chapter 8. Negeri Sembilan dah juara, tapi masih ada teka-teki yang belum terjawab.

Siaran Langsung Ditaja oleh RTM.

Majulah sukan untuk negara.

Teka-teki dari library

library-resources-1

Ni pelajar Ashford University, aku cilok gambar dari web U dorang,kalau pelajar U aku pi library pakai baju tapi nampak ketiak, mahu kena denda sebatan. Tak kira cun atau tidak.

Minggu-minggu study ni aku kerap juga ke library, hampir setiap hari. Nak kata rajin study tu agak keterlaluan, sekadar nak mencari inspirasi tu ada lah. Bila tengok kawan-kawan study, barulah hati ini rasa motivated. Kalau study kat bilik, hati ni lebih kepada nak menulis entri kat blog. Sekarang ni pun aku kat bilik, sedang menulis entri, patut ke tak patut? Jawapannya ialah tut tut.

Nak dijadikan cerita, setiap kali aku pergi library mesti ramai kelasmate aku yang sedang study di sana. Kadang-kadang, setiap kali klasmate aku ada di sana, aku pulak nak pergi library. Tak pernah lagi aku pergi library tapi library takde kat sana. Itu dah cerita kategori mistik, aku tak berani nak sentuh.

Bercakap soal motivasi,library memang satu sumber untuk mencari motivasi. Setiap kali aku ke library, perkara pertama yang aku akan lakukan adalah ushar klasmate aku study. Dari situ, sebenarnya aku sedang menyerap aura kerajinan.

Aku renung mata mereka satu persatu, yang aku nampak adalah kerajinan. Aku amati nota-nota mereka, yang aku nampak adalah kerajinan. Aku perhati atas meja, ada gula-gula, kemudian aku serap sedikit gula-gula tu supaya glukosa dalam badan aku stabil untuk bertahan di library yang berada pada paras sejuk negara Eropah.

Bila kerajinan dah mula menyerap, barulah aku mencari port untuk memulakan pembelajaran secara kritis dan kritikal. Aku hanya memerlukan sebuah buku dan sebatang pen untuk study..perkara-perkara lain dianggap terlalu sophistikated untuk aku. Aku dilahirkan simple dan berbogel, jadi aku teruskan hidup sesimple yang perlu.

Biasanya kerajinan tu tempohnya tak lama. Bila mata dah berkaca-kaca, fokus akan beralih kepada perkara-perkara yang menghilangkan mengantuk. Bab-bab study memang kurang daya tahan, bab-bab lain tak dapat nak sangkal.

Sekali-sekala aku bawa netbook sebagai ganti kepada ‘awek‘. Orang lain dok syok study dengan awek masing-masing, takkan aku nak layan sepi sekuntum mawar merah. At least ‘awek’ aku boleh mainkan lagu untuk aku. Siap boleh dok atas riba aku lagi. Tapi kadang-kadang aku lebih tumpu ‘awek’ dari study, tu yang aku tinggalkan kat bilik je bila dah payah sangat.

Kenapa siput babi jalan lambat?“, soal perempuan lawa suka bersukan nak hilangkan mengantuk.

Aku bab-bab menjawab soalan di luar silibus universiti ni memang feveret resipi,takde tunggu-tunggu..jawab terus.

“Sebab dia selsema babi”

“Sebab dia takde kaki”

“Sebab jalan licin”

“Sebab jalan jammed”

Empat  point aku bagi secara timbal balik..malangnya semua jawapan aku tak memenuhi kriteria jawapan si perempuan lawa suka bersukan. Dia gelak-gelak kesukaan aku tak dapat jawab. Aku rasa adik aku pernah tanya aku soalan tu, tapi aku dah tak remember. Remember-remember forget lah lebih kurang.

Jawapannya adalah sebab siput tu keliru dia tu siput ke babi.

Aku tarik muka tanda protes. Tapi takleh tahan gak, sebab kelakar jugak sebenarnya. Lalu aku pun gelak jujur sapatah dua..tapi masih pada kawalan suara yang dibenarkan di library. Atas prinsip give and take, what you give you get back, lalu aku pun bagi lah teka-teki yang aku reka sendiri. Windows apa yang paling ramai orang suka..windows XP? windows 7 ? vista? (Jawapan : Window shopping). Buku apa yang paling best dibaca walau di mana-mana kita berada ( Jawapan : Facebook).

Dorang nak protes pun tak boleh, sebab teka-teki tu aku reka sendiri, lagipun kat library mana dibenarkan protes-protes ni semua.

Bila dah boring sangat,aku pergi baca paper bahagian sukan dan artis-artis. Bahagian ilmiah dah takleh nak masuk..perlukan rehat juga sekali sekala(selalu). Ending, aku balik bilik dengan membawa sisa-sisa inspirasi dari library untuk diperjuangkan sampai masanya exam nya tiba. Kalau inspirasi tu cicir di tengah jalan, selalunya aku balik terus terlingkup atas katil, ataupun lepak-lepak layan internet yang tak berapa laju macam siput babi yang keliru.

Sekarang ni kat bilik..sekali-sekala(selalu) aku akan tulis entri..sebab tulis entri ni macam melahirkan fragmen-fragmen pemikiran dalam kepala. Kalau tak dikeluarkan nanti jadi konflik dalaman. Macam buang air besar juga, kalau simpan lama-lama tak baik untuk kesihatan anda. Solat kalau lambat-lambat pun berdosa.

Ni ada satu lagi teka-teki , aku baru je reka tadi, jawapan pun belum pikir lagi..tapi yang penting soalan dah siap. Kenapa lagi aku ada exam, lagi rajin aku tulis entri, sebab apa? Justify your answer. (10 marks)

Masa menjawab adalah secara spontan. Bermula dari sekarang.

Kecipanan

Pagi tadi aku kecipanan. Luar dalam kesejukan. Hujan turun renyai-renyai. Study belum habis selesai. Hujan macam turun dengan konsisten. Aku mandi pun secara instant.
~
Aku call perempuan lawa berkereta viva. Tak sanggup aku nak harung hujan dalam keadaan-keadaan mencabar camni.  (Aku kata dia lawa sebab aku tumpang kereta dia)
~
Nampak ketarakah dilemma di wajah ku..di luarnya tenang ..tapi tuhan saja tahu,“, lagu hujan aku siulkan sebagai lagu tema final exam aku pada semester ini.
~
Orang kata erti keberanian adalah melangkah ke tempat exam tanpa study habis, dengan tenang. Jadi kalau ada pengiktirafan darjah keberanian, rasanya perlu anugerahkan atas nama aku sebijik dua pingat.
~
Dapat soalan. Baca dengan tenang. Nasib soalan tak kejam. Ada juga belas kasihan sesama insan.
~
Jawab punya jawab, jawab lagi. Ni bukan goreng lagi, ni dah masak lomak cili api. Masukkan elemen humor bertauliah sikit, elemen berketrampilan tinggi sikit. Kira bolehlah..takdelah teruk sangat reputasi aku nanti di mata pemeriksa.
~
Harap-haraplah.

Tak boleh jawab exam!

Tak boleh jawab exam!

Gila lah tak boleh jawab!

Tak puas hati tol!

Penat je study banyak-banyak, tapi tak boleh jawab.

Sejak masuk dari dewan exam, memang aku dah yakin aku tak boleh menjawab soalan-soalan tu.
Mana tidaknya, pengawas peperiksaan dah warning awal-awal jangan mula menjawab sehingga diberitahu, nak buka kertas soalan pun tak boleh, jadi sah-sah aku tak boleh menjawab, kalau aku jawab juga memang nak kena penerajang jawabnya.
Kalau study banyak mana pun, tak guna jugak kalau pengawas peperiksaan tak bagi jawab.

p/s: dari 1 hingga 5, sila rating tahap gedik saya, 5 adalah yang tergedikz..ya a’ au!

Jom jOm joM Study !

boystudy

Kemalasan sila singgah lain hari.

Rabu, Jumaat, Ahad exam menanti.

Ada buku yang perlu dikaji.

Ada soalan yang perlu diamati.

Ada otak yang perlu diperah.

Ada blog yang perlu di-update…ek!

OK.ok..ada buku yang perlu dibaca.ada buku yang perlu dibaca.ada dibaca untuk buku yang perlu.dibaca buku ada yang perlu. perlu dibaca bukuyang perlu. Arghh..sudah mereng!

Ni kalau tak habis baca..aku nak rendam dalam baldi dengan air..pastu buat mandi petang ni dengan pagi esok.

compen

Harap-harap aku tak keliru antara buku dan facebook. Maksud macam nak dekat sama.

**WISH ME LUCK**

Berdialog Dengan Jin Maxis

Seperti yang aku ceritakan, internet aku dah kena potong. Jadi bila rasa bosan malam-malam, aku takde internet untuk melampiaskan rasa bosan itu.Nak duduk pun tak senang. Nak baring kang tertidur lak. Nak study 24 hour takut memudaratkan kesihatan pulak, haram hukumnya.

Memandangkan aku tak mau sambung dulu perkhidmatan dengan Celcom,nak rilek-rilek dulu,sebab hujung bulan ni aku dah nak start praktikal, masa praktikal rasanya dah boleh dapat free-internet kat ofis, jadi aku terfikir untuk menggunakan internet secara daily atau weekly dengan competitor Celcom, yakni Maxis. Bajet sebagai temporari je la.

Lalu aku pun call lah khidmat pelanggan Maxis untuk dapatkan maklumat tentang internet tu. Kalau Celcom, cakap dengan pegawai khidmat pelanggan tu percuma ja, tapi dengan Maxis kena potong kredit lah pulak.(1300 bla bla numbernya)

Aku pun tanyalah soalan aku : Kalau saya langgan internet yang daily/weekly, kemudian saya nak guna modem untuk sambungkan pada komputer, boleh berfungsi tak.

Kemudian jawapan yang diberikan : Kena setting dulu, sila dail 1 800 bla bla untuk dapatkan setting bla bla user name bla bla…

Disebabkan dia macam ramah tamah je, aku pun tanya-tanya lagi. Yada yada yada yada …

Akhir kata, dia tanya aku : Yer encik Fendi, sebelum saya akhiri perbualan, sila Encik Fendi jawab soalan saya, daripada 1 hingga 5, 5 adalah paling baik, berapa yang Encik Fendi berikan untuk perkhidmatan saya.

Aku jawab “3 setengah!

Encik Maxis tu jawab balik : Ok Encik Fendi..3.5 yer Encik Fendi..adakah Encik Fendi faham maklumat yang telah saya berikan sebentar tadi.

Aku jawab “Yer faham“.

“Kalau Encik Fendi faham, Encik Fendi boleh berikan 4 atau 5 ya“, kata Encik Maxis seakan memujuk.

Aku jawab ” Yelah..4 lah..”..sambil tahan gelak.

Terima kasih Encik Fendi

Perbualan tamat. Pastu aku gelak sorang-sorang secara sopan.hahaha. Boleh lak nak pujuk-pujuk aku bagi markah lebih. Lain kali aku nak nak jawab camni lah…

~Suka hati lah saya nak bagi berapa,  saya memang strict orangnya.sila redha.

~Ok..saya bagi 2..puas hati?(sambil buat suara garang)

ataupun ..letak terus telefon.

p/s: aku bukan tak nak bagi markah lebih, tapi dia macam ada sasul-sasul sikit,macam nervous jer dia jawab pangilan aku. Last-last aku rasa aku nak sambung jer dengan Celcom..dah kirim kat kawan pi bayar bil..sebab dah kebosanan dalam kesibukan.huhu!

DELETE

mendelete cinta dari hati

tertinggal sepi diam berkata

ruang kosong

sisa terlopong

hari mati janggal sendiri

suri hati tinggal misteri

formatkan hati kembali suci

Sarip Dol dan Samdol

Petang semalam, dalam perjalanan sorang-sorang pulang dari CC.  2 bijik motosikal sedang menuju ke arah bertentangan aku. Betul-betul di simpang jalan.

Sebijik motor bagi signal ke kiri, tapi jalan terus. Sebijik lagi tak bagi signal, pastu belok ke kiri.

Ni pun dikira tanda-tanda kiamat jugak ke?

gampang..

notakaki:aku pergi CC sebab internet aku dah kena block akibat belum melunaskan bil.keyboard di CC  macam puaka..bunyi ketuk-ketak tak boleh blah..dah macam typewriter,kang aku bawa keyboard sendiri dorg kecik hati lak